Mar 18, 2011

Aktiviti-Aktiviti Terkini PETRI

 Kepada pengunjung lama blog ini, sila ke facebook di bawah nama Zareer Wan Mohamad, Silver Man atau Faris Ahmad untuk melihat gambar-gambar teater Janabah Suci Hanzalah (JSH) yang telah dijayakan PETRI...vcd dan video klip akan diterbitkan pada masa akan datang, insyaAllah, sentiasalah menyokong perkembangan seni teater Islam yang suci, untuk Islam, untuk kita bersama

Mar 14, 2011

Persatuan Teater Ruhul Islam Memulakan Langkahnya

      Tarikh 11/02/2011 pada hari Jumaat adalah tarikh dan hari yang cukup bermakna buat Persatuan Teater Ruhul Islam (PETRI)kerana pada tarikh tersebut, terpatrilah sebuah persembahan sulung PETRI yang bertajuk Janabah Suci Hanzalah (JSH) bertempat di Dewan Utama USM, Kubang Kerian.
       Untuk mengatakan from zero to hero mungkin masih terlalu awal buat Petri sementelah penubuhan PETRI bukanlah untuk menjadi hero atau heroin di dalam bidang kesenian, tidak sama sekali. Penubuhan Petri adalah jelas matlamat dan caranya. Kita imbas kembali penubuhan Petri, meskipun belum lagi rasmi tetapi kita akan bergerak ke arah itu, ke arah yang murni dan terbilang di jalan yang diredhai Tuhan semesta alam iaitu Allah SWT.. PETRI ditubuhkan atas OBJEKTIF yang berikut iaitu :-
3.1.1 Menjadikan seni persembahan teater sebagai medium
        menyampaikan ajaran-ajaran Islam.

3.1.2 Memperkenalkan seni persembahan bercirikan Islam dari segi isi dan pelaksanaan serta membersihkan seni dan hiburan daripada unsur-unsur yang bertentangan dengan Islam.

3.1.3 Menjadikan seni persembahan teater sebagai salah satu cabang tareqat sufiah (tasawuf kesufian) untuk membawa penggiat dan peminat ke arah mendekatkan diri kepada Allah SWT.

3.1.4 Sebagai penunjuk aras dan piawai bagaimanakah
        seharusnya sebuah badan kesenian itu bergerak dari segi teknikal, pengisian dan matlamat dimana ianya tidak bercanggah dengan garisan yang ditetapkan syarak Islam.

3.1.5 Membawa seni hiburan Islam yang penuh dengan
         mesej yang suci dan murni ke tahap yang terbilang  
        mengatasi jauh daripada seni dan hiburan sekular yang telah bertapak sebagaimana sebuah hadis Rasulullah berbunyi
          “ Islam itu tinggi dan mulia dan tiada apa yang lebih 
            tinggi dan mulia daripadanya”

 3.1.6 Membawa masyarakat khususnya remaja ke arah
         mencintai Islam dan menanamkan semangat 
         perjuangan demi meninggikan agama Islam.

 3.1.7 Agar tercatat dalam sejarah sebagai sebuah     
         persatuan teater yang benar-benar mendokong
                          perjuangan menegakkan Islam di atas muka bumi
                          ini.

Objektif di atas adalah termaktub di dalam Perlembagaan Petri Fasal 3. Manakala cara/syarat-syarat mencapai matlamatnya adalah seperti berikut. Ini adalah penting untuk perhatian para ahli Petri agar objektif2 di atas dapat di capai


4.1. Bagi mencapai matlamat diatas, prinsip kesederhanaan   (wasatiah)  di dalam apa jua tindakan,pergaulan, pengkaryaan dan persembahan adalah amat penting.

4.2. Setiap persembahan mestilah dicuba dengan sedaya upaya di bawa penuh kreatif, menarik, berkualiti tinggi, segar   dan amat menghiburkan bagi menarik minat penonton kepada mesej yang dibawa. Adalah suatu pengkhianatan  kepada Islam sekiranya mesej mulia itu di bawa di dalam
medium yang kurang berkualiti, mundur, mudah dijadikan modal kritikan dan ibarat melepaskan batuk di tangga.

        4.3. Mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu berkaitan Islam di dalam semua aspek kehidupan kerana Islam itu adalah syariat yang lengkap dan sebagai cara hidup (Ad-deen). Segala apa yang dipersembahkan mestilah diterjemahkan di dalam kehidupan seharian ahli-ahli PETRI.

        4.4. Latihan mestilah di adakan secara istiqamah sekurang-kurangnya sekali seminggu. Sekiranya kehadiran adalah sedikit, latihan akan tetap dijalankan meskipun secara solo.

        4.5. Iltizam setiap ahli mestilah tinggi, sentiasa muhasabah diri dan sentiasa membetulkan niat masing-masing bahawa segala pengorbanan yang dilakukan demi Islam akan berakhir dengan kemuliaan iaitu kesudahan yang baik.

4.6      Meyakini bahawa segala usaha yang tidak disandarkan untuk membela agama Allah, maka usaha dan pengorbanan itu akan menjadi sia-sia dan akan berakhir dengan kehinaan dan kemunduran di dunia dan akhirat.

4.7      Menyedari bahawa segala kesedaran, bakat seni, pengkaryaan,minat, kepuasan diri,glamor dan segala apa yang ada pada diri kita adalah milik Allah SWT untuk menguji kita dan sewajibnya semua itu digunakan untuk meninggikan agama Allah SWT iaitu Islam.

4.8      Menjadikan persatuan ini sebagai salah satu wadah perjuangan yang utama. Bertindak bijak serta adil membahagikan masa untuk aktiviti-aktiviti lain yang wajib dan juga kepada persatuan ini.

4.9      Jadikan kerjaya seni dan persatuan ini sebagai kerjaya anda sekiranya anda yakin akan bakat dan minat serta potensi yang ada pada diri anda di dalam lapangan kesenian.
            

Jan 5, 2009

BOIKOT ISRAEL, USA DAN SEKUTUNYA

PEMIMPIN BARU NAK CAKAP PASAL BOIKOT BARANG USA DAN ISRAEL

Kami segelintir rakyat yang tiada punya apa-apa sebenarnya dah lama ingin boikot barangan produk USA dan Israel. Bila terjadi tragedi Semenanjung Gaza yang diserang dan ratusan yang terbunuh beberapa hari ini, barulah ada gesaan pemimpin kita untuk boikot barangan tersebut iaitu gesaan Tun Mahathir. Kami sebagai rakyat sudah lama ingin boikot barangan kafirun ini tetapi suara kami tak laku, cakap di internet, orang itu ini bangkang. Sekarang bila Tun Mahathir sendiri menyuarakan, barulah orang mula nak fikir. Itulah penangan seorang pemimpin, ada peluang masuk suratkhabar untuk menyuarakan dan disiarkan serta diikuti. Kami sebagai rakyat mahu semua pemimpin sepakat untuk boikot semua barangan USA dan Israel dan bukan sahaja boikot malah TAMATKAN SEMUA HUBUNGAN DIPLOMATIK DAN EKONOMI DENGAN NEGARA INI, HENTIKAN SEMUA IMPORT BARANGAN USA DAN ISRAEL DAN TAMATKAN SERTA MERTA SEMUA SYARIKAT-SYARIKAT MEREKA YANG BEROPERASI DI MALAYSIA. Orang zaman dahulu tak makan makanan merekapun, tetap boleh hidup. Banyak syarikat-syarikat mereka yang beroperasi di negara ini contohnya hypermarket, restoren dan sebagainya. Kami tak mahu semua itu dan mahu Kerajaan Malaysia buat sesuatu unyuk menukarkan syarikat-syarikat tersebut kepada syarikat-syarikat lain untuk beroperasi. Kuasa membeli di Malaysia berada di tangan kita iaitu orang Islam dan orang Asia. Kami tak perlukan semua produk dari USA dan Israel dan tidak lupa produk dari Denmark juga kerana kami tidak akan lupa apa yang Denmark pernah lakukan.

KEMPEN PULAUKAN EKONOMI MEREKA DARI SEKECIL-KECIL KEPADA YANG SEBESAR-BESAR MELIBATKAN PEMBATALAN SEMUA BISNES MEREKA AKAN TETAP DITERUSKAN SEHINGGALAH ISLAM DAN UMATNYA DIMARTABATKAN SEMULA DI DUNIA INI, PEMBEBASAN TANAH SUCI PALESTIN DAN SELURUH TANAH UMAT ISLAM DIDUNIA INI.

Dec 20, 2008

Kumpulan Teater Serambi Mekah

Assalamualaikum warahmatullah,

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya terbuka hati saya untuk melibatkan diri di dalam penulisan blog walaupun sebelum ini saya merasakan dunia cyber adalah suatu dunia yang penuh dengan hipokrasi, samar-samar dan tidak berkesan.
Kesibukan harian saya dengan pelbagai tanggungjawab terutamanya kepada keluarga membuatkan saya hanya mampu mengadap komputer ini. Adalah menjadi harapan saya, semoga dengan wujudnya blog ini, saya dapat berkongsi dengan teman-teman sekalian segala aspirasi dan perancangan yang pastinya semuanya adalah positif.
Peluang ke pc fair di KB Mall tadi akhirnya membuka hati saya untuk menempah laptop mini yang akan memudahkan segala kerja-kerja harian saya di pejabat dan juga di dalam penulisan blog. Laptop kecil yang berharga RM1736 itu merupakan laptop pertama yang akan saya miliki pada besok hari. Deposit RM100 sudah diberi dan sekiranya ada rezeki, jurujual yang bernama Amin akan menghubungi saya besok untuk mengambil laptop tersebut. Semoga saya diberi laptop yang baru dan bukannya laptop display di pameran tadi. Bukan apa, wang RM1736 terasa besar harganya, maklumlah ia adalah laptop yang pertama. Yang paling saya terkilan sedikit, isteri dan anak kecil tidak dapat menemani untuk memilihnya kerana mereka berdua pulang ke rumah keluarga iaitu rumah mentua saya di Terengganu selama satu hari. Yang diimpikan, semoga laptop tersebut berjasa di dalam menyiapkan kerja-kerja pejabat berkaitan akaun dan pengurusan serta 'kerja-kerja seni' termasuk penulisan blog ini.
Sebut tentang kerja-kerja seni, sudah lama rasanya tidak terlibat dengan aktiviti-aktiviti kesenian yang sudah terpatri di sanubari. Sepanjang hari ini di pejabat dan seterusnya di kb mall, terpakai pula t-shirt lama bertulis 'Pekan Teater Wilayah Persekutuan 2001'. Sudah banyak tahun saya meninggalkan bidang kesenian lantaran keadaan dan ketiadaan peluang. Tak mahu dipanjangkan cerita, perancangan terkini ialah ingin menggiatkan sebuah kumpulan kesenian yang diberi nama "Kumpulan Teater Serambi Mekah" berpusat di Kota Bharu, Kelantan. Sesiapa yang berminat, ada syarat-syaratnya. Ringkas saja, bukan yang pelik-pelik. Sebut Serambi Mekah, sudah menggambarkan bagaimana kumpulan ini akan dibentuk. Sudah pastinya, ad-din menjadi terasnya. Ahli-ahlinya terdiri daripada insan-insan yang berbakat (semestinya!), ikhlas, tekun, menutup aurat, bersemangat waja sekental Hanzalah atau Khanza. Hanzalah adalah wira muda sahabat Nabi yang syahidnya di malam pertama perkahwinannya manakalah Khanza pula penyair wanita zaman Nabi yang memberi semangat pada 3 anak terunanya untuk syahid.
Kumpulan Teater Serambi Mekah ingin mencari ahli-ahli yang berbakat di dalam bidang lakonan untuk menjadi anggota dan aktivis seni di Kelantan. Syarat-syaratnya mestilah mempunyai minat yang mendalam, berani, kreatif, bersemangat tinggi, berperwatakan menarik dan merendah diri. Belia-belia Islam atau bukan Islam, lelaki dan perempuan di alu-alukan untuk menyertainya.
Syarat-syarat menganggotai Kumpulan Teater Serambi Mekah
1) Berbakat di dalam lakonan, komitmen tinggi, kreatif, bersedia bekerjasama dan berkorban masa, tenaga dan wang untuk kemajuan persatuan serta tiada kepentingan peribadi
2) Sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan lagi mutu lakonan melalui pembelajaran berterusan di dalam kelas-kelas lakonan.
3) Sentiasa menjaga akhlak dan maruah diri dan kumpulan dengan menjaga tatasusila pergaulan, menutup aurat, berakhlak mulia, merendah diri, berani dan berwibawa.
4) Merasakan teater sebagai satu tanggungjawab asasi disebabkan minat dan bakat mendalam serta sudah pasti dengan adanya minat dan bakat itu, menjadikan teater sebagai medium yang berkesan untuk menyampaikan perkara-perkara yang positif seperti berdakwah.
5) Dengan adanya ciri-ciri di atas di dalam diri setiap ahli, maka secara langsung mahupun tidak langsung tamadun umat Islam akan diperkembangkan melalui cabang kesenian ini sebagaimana zaman kegemilangan Islam terdahulu di dalam semua bidang seperti Sains, Matematik, ilmu alam, pembinaan, perniagaan dan kesenian.
Kumpulan Teater Serambi Mekah ( Serambi Mekah ) sebagaimana kumpulan-kumpulan yang sudah wujud, ingin membawa cabaran di dalam pertandingan-pertandingan peringkat Negeri dan nasional seperti Festival-festival Teater. Ahli-ahli mestilah memerah seluruh kemahiran, tenaga dan keringat untuk membawa cabaran ini. Sekiranya kita tidak mampu untuk membawa cabaran di dalam negara kita sendiri, bagaimana untuk kita memartabatkan kesenian Islam ini ke peringkat global?
Kumpulan Teater Serambi Mekah adalah kumpulan teater yang bersifat global. Sebagaimana Islam itu sendiri yang bersifat global dan universal, maka begitu jualah yang ingin dimartabatkan iaitu membawa imej global dan bukan sahaja tertakuk di dalam budaya Malaysia semata-mata tetapi bersifat 'versatile'. Setiap ahli bukan sahaja perlu mantap di dalam bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu tetapi bahasa-bahasa lain yang mana sudah pastinya bahasa Al-Quran iaitu bahasa Arab, bahasa antarabangsa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa yang paling banyak dipertuturkan di dunia iaitu bahasa Mandarin dan sebagainya. Bersediakan anda sekelian membawa cabaran ini? Sila hubungi saya di E-mail : harrymohamad@gmail.com untuk keahlian dan kita bersatu sebagai sebuah pejuang di dalam bidang yang amat kita cintai dan minati ini.